Memori Ayam ( 1 )

7 07 2009

Salam,
Kawe sedang berusaha untuk ‘mengkoleksi’ (betul ke perkataan ni ??) gambar-gambar/cerita-cerita lama-lamaaaaa tahap Jurassic Park tentang Mansor Adabi. Cerita disebalik gambar-gambar yang dipaparkan,(bunyik cam best je, poyo pun ada gak !!).Semuanya bergantung kepada masa, kesempatan dan tahap disiplin kawe !! Bergantung jugak pada malas atau rajin, bergantung jugak pada tahap kelajuan ‘Berokband’, semuanya bergantung-gantung cam jambatan gantung !!…Banyak keje kena buat nih, nak carik gambar-gambar lama, nak ‘scan’ lagi, nak ‘upload’ satu hal pulak(lambat sangat,sakit ati tunggu)….
Kisah-kisah tersebut tidak semestinya berturutan, mungkin diselang-seli dengan ikan keli, hi,hi,hi,..mungkin diselang-seli dengan ‘post’ yang lain jugak kan…nanti bosan pulak orang kampung dengan Ketua Kampung !!.

Dengan ini kawe mulakan MEMORI AYAM ( 1 ) dengan rasminya…

MEDAN 1996
danau toba
Danau Toba
502975666_c4c81e8c57
Air Terjun siPiso-Piso

(Masukkan gambar duluuuuuuu, ceritanya kawe tulis kemudian bergantung kepada kejiranan kerajinan !!! )
Medan, Indon, bukan Medan MARA tau ! bukan juga Medan Selera ! Kejadian ini berlaku pada tahun 1996 yang lampau, ini le tempat paling jauh pertama (Bukan Pertama Complexs) kawe gi. Masa tu KLIA pun belum siap lagi, so naik la flight kat LTASAAS kat Subang tu. Penerbangan ambik masa 40 minit je, turun kat Polonia Airport. Sesampai je kat Medan terus dibawa ke Brastagi (bandar peranginan tanah tinggi cam Cameron Highland).dalam perjalanan ke Brastagi tu berenti jap kat tepi Danau Toba melihat Air Terjun Sipiso-Piso.
sipisopiso waterfall
Poyo pakai ‘sweater’ bukannya sejuk pun !! kawe ingat kat Medan ada salji !!

Bermalam semalaman di ‘cottage’ kat puncak Brastagi, esoknya menaiki feri/bot melawat sekitaran Tasik Danau Toba, berenti di beberapa buah pulau (dah lupa nama pulau) kat Danau Toba tu, melawat perkampungan orang Batak, menonton persembahan kesenian/tradisi orang Batak,seharian di danau Toba dan bermalam di salah sebuah hotel kat pulau di danau Toba ni.Keesokannya lagi bergerak balik pulak ke Medan, melalui Permatang Siantar dan ntah apa lagi bandar yang kawe dah lupa ! Melawat -lawat sekitar Bandar Medan dan bermalam di sini.Esok paginya terus chowww ke KL…
itu je, sekian.





Ayam Bakar Nasi Kerabu

7 07 2009

Salam,
Ayam bakar nasi kerabu ?? Bakpo ?? Kenapa ?? why ?? apa salah nasi kerabu itu sehingga ayam sanggup membakarnya ??Jahat sangatkah nasi kerabu ??
Nasi kerabu adalah feberet kawe sejak zaman Pra-Sejarah lagi.Hari-hari dok makan nasi kerabu,tak kira hari Sabtu atau hari Rabu.Nasi kerabu yang kawe make biasa-biasa saja, ada ulam, solok lada dan telur masin.(budu tu mesti lee!!)
Ayam Bakar Nasi Kerabu
Tengok pada gambar ni cam ‘eksklusif’ je nasi kerabu nih, ada ayam bakar, yang kat tepi nasi tu apa ha ?? daging bakar cincang kot ?? ntah le.Kalau kat kampung tak ada la lagu ni,…..So, apa kaitan tajuk di atas dengan ini filem ??? Sebenarnya tajuk ‘post’ ni ‘Nasi Kerabu Ayam Bakar !!!!!!!!

Gambar-Gambar Lain Nasik Kerabu…
Nasi-Kerabu-yellow-type-with-normal-toppings-grilled-meat
Nasik Kerabu Kuning
nasikerabubiru.
Nasik Kerabu Biru
nasi_kerabu-nasi putih
Nasi Kerabu Putih (ini biasa,kalau yg biru dah abih,otomatik Mak Cik tu akan guna nasi putih! lauk lain semua sama)
Nasi kerabu+ike' percik
Nasik Kerabu + ike’ percik (mewah nih!!!)

Sekian saja paparan nasik kerabu dari saya Mak Cik Kuntum…jumpa lagi dalam paparan akan datang~Nasik Dagang pulok !!





Pagi Yang Tenang Jangan diSangka Tiada Ayam

7 07 2009

Salam,
Selamat Sejahtera, Selamat Pagi and very Good Morning…Pagi ni kat opih nampaknya tenang sekali, tapi ibarat kata pepatah Jepun, Air yang tenang jangan dianggap akan tenang sampai petang, mungkin ia akan surut juga suatu hari nanti….tak paham ??? kawe pun tok pehe jugokkk !!!! (ikut nada iklan Power Root~Sayo pun nok jadi jutawe’ jugokkkkk)…

Mana pegi semua olang haa ?? Sunyi sepi opih ni, takkan semua keluar ‘site’ kot ?? Suasana yang tenang gini le boleh kawe buat keje, (keje ‘blogging’)hi,hi,hi,…nanti Encik Nasir tahu, siappppp ko !! ( Siapakah Encik Nasir dalam cerita ini ??.. adakah dia seorang boss?? adakah dia seorang bohsia ?? adakah dia…. biarlah ia menjadi tanda soal, tanda koma, tandatangan, termasuklah papan tanda !!)
DSC07723
Sebelum memulakan keje, eloklah kita bersarapan dulu, supaya otot-otot jari jadi sihat dan kuat untuk menaip !!
Nampaknya sarapan pagi kita ini ditaja oleh Faiza Marketing (Pembekal Gandum) !!(cam Bersamamu le pulokkk !!) berupa sebungkus Nasik Lemak, sebotol air mineral perisa Epal, sepaket sos cili perisa tomato dan sehelai tisu buat lap mulut perisa strawberi.

Bismilah, sila,sila,jemput makan……..