Memori Ayam ( 1 )

7 07 2009

Salam,
Kawe sedang berusaha untuk ‘mengkoleksi’ (betul ke perkataan ni ??) gambar-gambar/cerita-cerita lama-lamaaaaa tahap Jurassic Park tentang Mansor Adabi. Cerita disebalik gambar-gambar yang dipaparkan,(bunyik cam best je, poyo pun ada gak !!).Semuanya bergantung kepada masa, kesempatan dan tahap disiplin kawe !! Bergantung jugak pada malas atau rajin, bergantung jugak pada tahap kelajuan ‘Berokband’, semuanya bergantung-gantung cam jambatan gantung !!…Banyak keje kena buat nih, nak carik gambar-gambar lama, nak ‘scan’ lagi, nak ‘upload’ satu hal pulak(lambat sangat,sakit ati tunggu)….
Kisah-kisah tersebut tidak semestinya berturutan, mungkin diselang-seli dengan ikan keli, hi,hi,hi,..mungkin diselang-seli dengan ‘post’ yang lain jugak kan…nanti bosan pulak orang kampung dengan Ketua Kampung !!.

Dengan ini kawe mulakan MEMORI AYAM ( 1 ) dengan rasminya…

MEDAN 1996
danau toba
Danau Toba
502975666_c4c81e8c57
Air Terjun siPiso-Piso

(Masukkan gambar duluuuuuuu, ceritanya kawe tulis kemudian bergantung kepada kejiranan kerajinan !!! )
Medan, Indon, bukan Medan MARA tau ! bukan juga Medan Selera ! Kejadian ini berlaku pada tahun 1996 yang lampau, ini le tempat paling jauh pertama (Bukan Pertama Complexs) kawe gi. Masa tu KLIA pun belum siap lagi, so naik la flight kat LTASAAS kat Subang tu. Penerbangan ambik masa 40 minit je, turun kat Polonia Airport. Sesampai je kat Medan terus dibawa ke Brastagi (bandar peranginan tanah tinggi cam Cameron Highland).dalam perjalanan ke Brastagi tu berenti jap kat tepi Danau Toba melihat Air Terjun Sipiso-Piso.
sipisopiso waterfall
Poyo pakai ‘sweater’ bukannya sejuk pun !! kawe ingat kat Medan ada salji !!

Bermalam semalaman di ‘cottage’ kat puncak Brastagi, esoknya menaiki feri/bot melawat sekitaran Tasik Danau Toba, berenti di beberapa buah pulau (dah lupa nama pulau) kat Danau Toba tu, melawat perkampungan orang Batak, menonton persembahan kesenian/tradisi orang Batak,seharian di danau Toba dan bermalam di salah sebuah hotel kat pulau di danau Toba ni.Keesokannya lagi bergerak balik pulak ke Medan, melalui Permatang Siantar dan ntah apa lagi bandar yang kawe dah lupa ! Melawat -lawat sekitar Bandar Medan dan bermalam di sini.Esok paginya terus chowww ke KL…
itu je, sekian.

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: