Memori Itik Serati 3.0

4 01 2012
Itik Serati

Itik Serati

Salam, …(Salam Pantai Timur)

Hampir setahun selepas memori Ayam 2.1 ke udara, (di ‘post’ pada 14/2/2011 lalu) baru hari ni tergerak hati untuk menyambung kisah Memori Itik pulok…..

Baru je nak mula, laptop pulok buat hal, baru je ari tu hantar repair kat Low Yat, abih la RM 200,,,,,,ni buat hal lagi,,,,nak repair lagi tak dok pitih weiiiiiii,,,,,

Sambung lain kali laaaaaa,,,,,,tahun depan la gamaknyaaaaaaa,,,,,





Memori Ayam (2.1)

14 02 2011

Salam,                                                                                        Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sungguh tak ‘update’ blog ni,,,,,,,, kali terakhir adalah pada 3/8/2009 lampau!!!!!…. (Memori Ayam 2).

Memandangkan sekarang keadaan di Mesir tengah bergolak, rakyat memberontak, selepas rakyat berdemo selama 18 hari Presiden Hosni Mubarak pun dah meletak jawatan dan sudah melarikan diri,,,,,maka kawe terngiang-ngiang lagi memori ayam semasa  melawat Mesir duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu………………………

Jadi kawe sambung lagi Memori Ayam (2). ——-> kawe namakan dia Memori Ayam (2.1) ….Layan gambar jer lah!

EGYPT – MESIR  (2004)


The Great Pyramid of  Giza, Cairo (Kaherah)

The Great Pyramid, Giza, Cairo

Oasis Hotel, Cairo (Hotel penginapan bertaraf bintang-bintang di langit)

Karnak Temple, LuxorAlexandria Old City (Iskandariah)

Alexandria old Taxi ….. klasik!

Nile River Cruise (floating hotel), Aswan

Aswan Railway Station

“Colossi of Memnon” – Luxor

Dah banyak dah ni,,,, cukup le sampai sini dulu, kalau ikut Ketua Kampung  Pandan banyak lagi nak ‘upload’ ni, mungkin di lain masa ,,,,, bila ????? lapan tahun lagi kot ???????

Sementara tu, JANGAN klik SINI sebab anda akan baca cerita yang samaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa………………..

Wassalam.





Memori Ayam ( 2 )

3 08 2009

Salam,
Minggu ni adalah minggu ayam, sejak seminggu lalu, boleh dikatakan hari-hari kawe make’ aye’ (makan ayam)…lunch makan nasik ayam, malam pekena sup ayam, besoknya tengahari makan ayam kampung kat Valedrome*(sedappp!!!!), malamnya pulak singgah Tesko beli ayam (panggang),,,, esoknya lagi makan KFC, hari-hariiiiiiiiiiiiii makan ayammmmmm!! Sempena minggu ayam tersebut, kawe sambung lagi Memori Ayam (2) pulokkkkk,,,,,di mana memori ini telah berlaku di Mesir (Egypt) pada tahun 2004 lalu,,,,,

EGYPT 2004
The Great Sphinx
The Great Sphinx
The Great Pyramid
The Great Pyramid
Nile River @ Aswan
The Nile River @ Aswan
Typ.Nubian House @ Aswan
Typical Nubian House @ Aswan

Luxor Temple @ Luxor City
Luxor Temple @ Luxor City
*** Letak Gambar duluuuuuuu,,,,,ceritanya menyusul 2 tahun lagiiiiiii,,,,,Klik SINI untuk sementara waktu,,,,,





Ada Apa Dengan Ayam?

15 07 2009

Salam,
Sementara kawe menyiapkan Siri “Memori Ayam” yang seterusnya (belum mula pun lagi !!!!), kawe nak tulis skit pasal ayam. Ayam lagi !! Gilo apo ?? Nampaknya kecenderungan ‘post’ kawe adalah berkaitan ‘ayam’ walaupun isinya tak berkaitan dengan ayam pun! hi,hi,,,,Sementara idea pasal ‘ayam’ ni masih ada, kawe akan ‘eksploitasi’kan ‘ayam’ ini sampai kawe bosan,,,,Boring??? Muka berjerawat??? Gunakan Minyak Masak Cap XXX
Ayam Jantan,Ayam Bapak!
Ayam Bapak (Bukan Bapak Ayam !!!) orang panggil jugak Ayam Jantan bukannya Ayam lelaki !!
Ayam Serama,Ayam Kapan
Ayam Serama ~Spesis ayam katik yang kiut-miut! dipanggil jugak Ayam Kapan (kalau ayam ni mati tak perlu dikapan!)
Ayam Hutan (jenis hijau)
Ayam Hutan ~Semestinya ayam yang tinggal kat hutan,kalau ayam tu tinggal kat kampung, orang panggil ayam kampung !!
Ayam Belanda 'Turkey'
Ayam Belanda (Bukan Durian Belanda) ~Tak semestinya ayam ni tinggal kat Belanda, kat kampung pun banyak ayam nih !! oram putih panggil ‘turkey’
Nasik Ayam (sedap niiii)
Ayam Nasi atau Nasik Ayam ~Yang ni semua orang tahu, macam2 jenis nasik ayam ada, Nasi Ayam Hainan, Nasi Ayam Singapura, Nasi Ayam New York!(ada ke ??) My Peberet nasik ayam nih !!!
Cristiano Ronaldo
Ayam Tambatan ~ Ini bukan ayam yang ditambat ataupun ‘spesis’ ayam tapi bermaksud ”orang harapan” dalam sesuatu pasukan, contoh cam Ronaldo ni lah !!

Lain-lain Pasal Ayam

Sate ayam, kari ayam, ayam laga, laga ayam, ayam curi, curi ayam, taik ayam, cakar ayam, cap ayam, lagu Ayam Jalil Hamid, dan banyaaaaaaaaakkkkk lagi ayam,,,,,(tak akan bersambung) Tamat !





Memori Ayam ( 1 )

7 07 2009

Salam,
Kawe sedang berusaha untuk ‘mengkoleksi’ (betul ke perkataan ni ??) gambar-gambar/cerita-cerita lama-lamaaaaa tahap Jurassic Park tentang Mansor Adabi. Cerita disebalik gambar-gambar yang dipaparkan,(bunyik cam best je, poyo pun ada gak !!).Semuanya bergantung kepada masa, kesempatan dan tahap disiplin kawe !! Bergantung jugak pada malas atau rajin, bergantung jugak pada tahap kelajuan ‘Berokband’, semuanya bergantung-gantung cam jambatan gantung !!…Banyak keje kena buat nih, nak carik gambar-gambar lama, nak ‘scan’ lagi, nak ‘upload’ satu hal pulak(lambat sangat,sakit ati tunggu)….
Kisah-kisah tersebut tidak semestinya berturutan, mungkin diselang-seli dengan ikan keli, hi,hi,hi,..mungkin diselang-seli dengan ‘post’ yang lain jugak kan…nanti bosan pulak orang kampung dengan Ketua Kampung !!.

Dengan ini kawe mulakan MEMORI AYAM ( 1 ) dengan rasminya…

MEDAN 1996
danau toba
Danau Toba
502975666_c4c81e8c57
Air Terjun siPiso-Piso

(Masukkan gambar duluuuuuuu, ceritanya kawe tulis kemudian bergantung kepada kejiranan kerajinan !!! )
Medan, Indon, bukan Medan MARA tau ! bukan juga Medan Selera ! Kejadian ini berlaku pada tahun 1996 yang lampau, ini le tempat paling jauh pertama (Bukan Pertama Complexs) kawe gi. Masa tu KLIA pun belum siap lagi, so naik la flight kat LTASAAS kat Subang tu. Penerbangan ambik masa 40 minit je, turun kat Polonia Airport. Sesampai je kat Medan terus dibawa ke Brastagi (bandar peranginan tanah tinggi cam Cameron Highland).dalam perjalanan ke Brastagi tu berenti jap kat tepi Danau Toba melihat Air Terjun Sipiso-Piso.
sipisopiso waterfall
Poyo pakai ‘sweater’ bukannya sejuk pun !! kawe ingat kat Medan ada salji !!

Bermalam semalaman di ‘cottage’ kat puncak Brastagi, esoknya menaiki feri/bot melawat sekitaran Tasik Danau Toba, berenti di beberapa buah pulau (dah lupa nama pulau) kat Danau Toba tu, melawat perkampungan orang Batak, menonton persembahan kesenian/tradisi orang Batak,seharian di danau Toba dan bermalam di salah sebuah hotel kat pulau di danau Toba ni.Keesokannya lagi bergerak balik pulak ke Medan, melalui Permatang Siantar dan ntah apa lagi bandar yang kawe dah lupa ! Melawat -lawat sekitar Bandar Medan dan bermalam di sini.Esok paginya terus chowww ke KL…
itu je, sekian.





Ayam Bakar Nasi Kerabu

7 07 2009

Salam,
Ayam bakar nasi kerabu ?? Bakpo ?? Kenapa ?? why ?? apa salah nasi kerabu itu sehingga ayam sanggup membakarnya ??Jahat sangatkah nasi kerabu ??
Nasi kerabu adalah feberet kawe sejak zaman Pra-Sejarah lagi.Hari-hari dok makan nasi kerabu,tak kira hari Sabtu atau hari Rabu.Nasi kerabu yang kawe make biasa-biasa saja, ada ulam, solok lada dan telur masin.(budu tu mesti lee!!)
Ayam Bakar Nasi Kerabu
Tengok pada gambar ni cam ‘eksklusif’ je nasi kerabu nih, ada ayam bakar, yang kat tepi nasi tu apa ha ?? daging bakar cincang kot ?? ntah le.Kalau kat kampung tak ada la lagu ni,…..So, apa kaitan tajuk di atas dengan ini filem ??? Sebenarnya tajuk ‘post’ ni ‘Nasi Kerabu Ayam Bakar !!!!!!!!

Gambar-Gambar Lain Nasik Kerabu…
Nasi-Kerabu-yellow-type-with-normal-toppings-grilled-meat
Nasik Kerabu Kuning
nasikerabubiru.
Nasik Kerabu Biru
nasi_kerabu-nasi putih
Nasi Kerabu Putih (ini biasa,kalau yg biru dah abih,otomatik Mak Cik tu akan guna nasi putih! lauk lain semua sama)
Nasi kerabu+ike' percik
Nasik Kerabu + ike’ percik (mewah nih!!!)

Sekian saja paparan nasik kerabu dari saya Mak Cik Kuntum…jumpa lagi dalam paparan akan datang~Nasik Dagang pulok !!





Pagi Yang Tenang Jangan diSangka Tiada Ayam

7 07 2009

Salam,
Selamat Sejahtera, Selamat Pagi and very Good Morning…Pagi ni kat opih nampaknya tenang sekali, tapi ibarat kata pepatah Jepun, Air yang tenang jangan dianggap akan tenang sampai petang, mungkin ia akan surut juga suatu hari nanti….tak paham ??? kawe pun tok pehe jugokkk !!!! (ikut nada iklan Power Root~Sayo pun nok jadi jutawe’ jugokkkkk)…

Mana pegi semua olang haa ?? Sunyi sepi opih ni, takkan semua keluar ‘site’ kot ?? Suasana yang tenang gini le boleh kawe buat keje, (keje ‘blogging’)hi,hi,hi,…nanti Encik Nasir tahu, siappppp ko !! ( Siapakah Encik Nasir dalam cerita ini ??.. adakah dia seorang boss?? adakah dia seorang bohsia ?? adakah dia…. biarlah ia menjadi tanda soal, tanda koma, tandatangan, termasuklah papan tanda !!)
DSC07723
Sebelum memulakan keje, eloklah kita bersarapan dulu, supaya otot-otot jari jadi sihat dan kuat untuk menaip !!
Nampaknya sarapan pagi kita ini ditaja oleh Faiza Marketing (Pembekal Gandum) !!(cam Bersamamu le pulokkk !!) berupa sebungkus Nasik Lemak, sebotol air mineral perisa Epal, sepaket sos cili perisa tomato dan sehelai tisu buat lap mulut perisa strawberi.

Bismilah, sila,sila,jemput makan……..





Salam

6 07 2009

Salam,
dah lama rasanya kawe ‘buat’ blog nih !! dah lebih 5 bulan kot?? tapi satu apa pun tarak !!! susah skit le guna WordPress nih !! tak reti sangat, nak ‘upload’ gambar pun berjam-jam !! (bukan jamban), pendek kata kawe hampir ‘fed-up’ nak memulakan ‘entry’ blog nih !! guna Blogspot lagi senang dan mudah !!… tu le pasal !! last-last Blog ni terbiar bersawang, berkulat,bersemut…. tapi kawe dah berjanji pada Ketua Kampung Tapang, yang kawe akan cuba jugak ‘mengusahakan’ blog nih sampai berjaya !! hi,hi,hi,
DSC04684
Kelihatan kawe (tiada dalam gambar) sedang menaip ‘post’ ini tanpa pengetahuan Encik Nasir…kalau En.Nasir tahu, mesti dia nak join sekali buat blog, hi,hi,hi…

“Post’ ni sebenarnya dah di’draf’ sejak dari 28/2/2009 lagi, tapi sebab masalah problem yang tidak dapat dielak, ia terbiar tanpa dipedulikan sehinggalah ia di’publish’ hari ini….

Sekian dulu untuk episod ‘pengenalan’ ,(cam Star Wars pulokk ada episod !!) jumpa lagi le kat mana-mana…..





Assalamualaikum

23 02 2009

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!
Selamat datang ke rumah WordPress.com.Ini adalah pejabat pos pertama anda.Anda boleh ubahsuai ataupun padamkan ia dan memulakan blog ini…
Sekian, terima kekasih.