Salam,
Selamat Sejahtera, Selamat Pagi and very Good Morning…Pagi ni kat opih nampaknya tenang sekali, tapi ibarat kata pepatah Jepun, Air yang tenang jangan dianggap akan tenang sampai petang, mungkin ia akan surut juga suatu hari nanti….tak paham ??? kawe pun tok pehe jugokkk !!!! (ikut nada iklan Power Root~Sayo pun nok jadi jutawe’ jugokkkkk)…
Mana pegi semua olang haa ?? Sunyi sepi opih ni, takkan semua keluar ‘site’ kot ?? Suasana yang tenang gini le boleh kawe buat keje, (keje ‘blogging’)hi,hi,hi,…nanti Encik Nasir tahu, siappppp ko !! ( Siapakah Encik Nasir dalam cerita ini ??.. adakah dia seorang boss?? adakah dia seorang bohsia ?? adakah dia…. biarlah ia menjadi tanda soal, tanda koma, tandatangan, termasuklah papan tanda !!)

Sebelum memulakan keje, eloklah kita bersarapan dulu, supaya otot-otot jari jadi sihat dan kuat untuk menaip !!
Nampaknya sarapan pagi kita ini ditaja oleh Faiza Marketing (Pembekal Gandum) !!(cam Bersamamu le pulokkk !!) berupa sebungkus Nasik Lemak, sebotol air mineral perisa Epal, sepaket sos cili perisa tomato dan sehelai tisu buat lap mulut perisa strawberi.
Bismilah, sila,sila,jemput makan……..
SocialVibe